Wednesday 11 July 2012

Majlis Pelancaran NILAM Peringkat Sekolah 2012















Majlis Pelancaran NILAM 2012 Peringkat Sekolah telah diadakan 20 Februari 2012 jam 7.30 pagi di Dewan Sekolah, Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang, Ipoh. Majlis bermula dengan Taklimat NILAM oleh Guru Pusat Sumber Sekolah iaitu Puan Zuriana binti Muhamad. Seterusnya, gimik pelancaran  telah disempurnakan oleh Encik Zokronain bin Abdullah, Tuan Pengetua SMK Seri Ampang. Dalam ucapannya beliau menekankan kepentingan amalan membaca dalam kalangan pelajar bagi melahirkan pelajar yang cemerlang dan mempunyai banyak ilmu pengetahuan yang pastinya dapat melahirkan generasi yang berkualiti pada masa akan datang. Kemuncak majlis merupakan pemberian Anugerah Tokoh Membaca bagi pelajar yang paling banyak membaca bagi Tahun 2011 iaitu Hazirah binti Mustafa Kamil Azmee, pelajar 5 Sains 1.  Beliau menerima hadiah berupa sebuah basikal Raleigh bagi menghargai usaha beliau di samping bertujuan untuk memotivasikan pelajar-pelajar lain agar menjadikan tabiat membaca sebagai rutin harian mereka. 
Majlis  diserikan lagi  dengan  persembahan  lagu  NILAM  oleh  semua Pengawas Pusat Sumber Sekolah dan berakhir dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Zaki bin Nasir.

Minggu Pusat Sumber, SMKSA 2012

PSS SMK Seri Ampang akan mengadakan Minggu Pusat Sumber 2012 yang dijadualkan berlangsung selama seminggu bermula 23 Julai 2012 hingga 30 Julai 2012.  Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Encik Zokronain bin Abdullah, Tuan Pengetua SMKSA.  Pelbagai aktiviti dirancang bagi memenuhi program tersebut antaranya Pameran Panitia Mata Pelajaran Elektif, Pertandingan Ulat Buku, Ulasan Buku Mobail, Buku Skrap, Walking Dictionary, Melukis Kulit Buku, Komik, Pengacaraan dan sebagainya. Diharapkan pelajar-pelajar SMKSA mengambil peluang untuk turut sama menyertai aktiviti-aktiviti tersebut bagi meningkatkan kecemerlangan diri di samping menyerlahkan bakat dan kreativiti pelajar. Pelbagai hadiah menarik disediakan bagi setiap pemenang.